Cekodok ikan bilis

Assalammualaikum, salam sejahtera.
Apa khabar semua, semoga semua sihat belaka. Petang petang ni, rasa macam nak mengunyah je. Dah lah sejuk je kat luar ni. Al maklum baru lepas hujan sis. So cam nak makan benda panas je. Oleh itu, secara tiba tiba, minda menjelmakan satu bentuk idea yang diransang oleh otak untuk membuah kan satu akal fikiran yang mantap iaitu cekodok ikan bilis goreng. OMG SEDAPNYAAA😆😆😆😆

Jadi meh, fatih kongsi resepi cekodok goreng. Huhuhu laris ni




Image result for cekodok ikan bilis

Bahan - bahan
1.Tepung gandum
2.Ikan bilis( ditumbuk halus)
3.Bawang merah dicincang
4.Serbuk kunyit (nak bagi warna)
5.Garam secukupnya


Cara - caranya
1.Letakkan about 3 cawan tepung ke dalam satu bekas.
2.Masukkan bawang merah dan serbuk kunyit berserta dengan ikan bilis yg sudah ditimbuk hancur.
3. Masukkan air secukupnya dan akhir sekali tambahkan garam. Gaulkan sebati.
4.Gorengkan cekodok dengan menggunakan api yg sederhana panas.
5.Angkat dan sedia dihidangkan
6.Boleh dimakan dengan Sos cili atau kuah kari.

Selamat mencubaa 


Comments

Popular posts from this blog

When Fatih Cooks

Spagetti Goreng wuuu

Telur dadar sedap